Raih Sejuta Ahli Bukti Cemuhan Terhadap PAS Bukan Halangan


SHAH ALAM – Sekatan demi sekatan yang dikenakan oleh Umno dengan pelbagai cara tidak menghalang Pas untuk menambah keahliannya yang kini mencecah seramai sejuta orang.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, dalam kesibukan pihak tertentu mengkritik parti itu dengan tuduhan dan cemuhan, Pas masih tetap mendapat tempat dalam hati rakyat termasuk bukan Islam.

“Dalam keadaan orang sibuk kata pada Pas macam-macam, sebaliknya terbaru kita telah meluluskan keahlian baru seramai 8,000 orang.

“Ini menjadikan keahlian Pas sudah mencecah seramai 1,000,300 orang,” tulisnya di akaun Facebooknya, semalam.

Sejak akhir ini, Pas sedang bergelut dengan masalah dalaman termasuk dakwaan wujudnya usaha untuk mewujudkan kerajaan perpaduan dan usaha untuk menjatuhkan Abdul Hadi.

Selain itu, usaha Pas Kelantan meminda Enakmen Kanun Jenayah Syariah II, 1993, pada sidang Dun Kelantan minggu depan pula terus mendapat bantahan daripada rakan komponen PR khususnya DAP.

Dalam pada itu, kata Abdul Hadi lagi, golongan muda yang berpendidikan tinggi antara ahli baharu yang paling ramai menyertai Pas.

“Ini menunjukkan perjuangan kita ada kemajuan, makin hari bertambah ramai orang yang menyertai Pas,” katanya lagi.

0 Response to "Raih Sejuta Ahli Bukti Cemuhan Terhadap PAS Bukan Halangan"

Post a Comment